Home | Newsletter | Community | Knight Watch | Committee Meeting | Charity Fund | Planet Free | In the Press
Resident's Corner | Faces of USJ | Links | Products & Services | About Us | USJ23 News | USJ23 Road Maps

 

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi USJ23


USJ23 RESIDENTS & N/W PRO TEM COMMITTEE 2002/3

28, JALAN USJ 23/3B, 47610 UEP SUBANG JAYA, SELANGOR, MALAYSIA
TEL: 03-33446885, 33445886 FAX: 03-80240752  
E-mail: committee@usj23.com Website: http://www.usj23.com

     
 

Tarikh :  30-04-2003

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Subang Jaya,
Subang Jaya.

Tuan,

Perkara :  Aduan Mengenai ‘Trumpet Flyover” Di USJ 23

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

Bagi pihak penduduk-penduduk USJ 23, kami ingin membuat aduan resmi kepada pihak Tuan bahawa walaupun ‘Trumpet Flyover’ di USJ 23 telah siap dibina, tetapi terdapat beberapa kecacatan dan/atau kekurangan yang pada pendapat kami akan membahayakan para pengguna-pengguna ‘Trumpet Flyover’ dan Jalan Harmoni. Bagi menggambarkan aduan kami dengan lebih jelas, kami melampirkan di sini sekeping gambarajah kasar dan bahagian-bahagian yang dibulatkan bertanda ‘A’, ‘B’, ‘C’, ‘D’  adalah merupakan bahagian-bahagian yang sungguh merbahaya kepada pengguna-pengguna.

1(a).    Kami telah diberitahu oleh Councilor MPSJ Encik Yap Yun Fatt bahawa plan yang dikemukakan kepada MPSJ menunjukkan Bahagian ‘B’ perlu ditutupkan kerana kenderaan yang turun dari ‘Flyover-over’ adalah terlalu laju dan oleh itu, adalah tak sesuai bagi penduduk-penduduk USJ 23 membuat ‘pusingan-u’ di Bahagian ‘B’ tersebut.

(b)        Pada masa sekarang, Bahagian ‘B’ telah ditutup dan penduduk-penduduk USJ 23 telah terpaksa membuat ‘pusingan-u’ di Bahagian ‘A’ untuk balik ke USJ 23. Walaupun begitu, pihak yang membuat ‘Trumpet Flyover’ telah mengabaikan kepentingan penduduk-penduduk USJ 23 tanpa memastikan ‘TANDA U-TURN’ dan satu ‘LAMPU ISYARAT’ dipasang pada Bahagian ‘A’. Bahagian ‘A’ memerlukan satu lampu isyarat kerana kenderaan yang keluar dari Sekolah Menengah USJ 23 dan Putra Heights adalah amat laju. Pada setiap masa kenderaan yang datang dari beberapa bahagian menyebabkan tindakan memusing u di Bahagian ‘A’ amat bahaya. Penyelesaiannya ialah satu LAMPU ISYARAT dan satu tanda U-TURN dipasang. Di bahagian A

2.          Bahagian C menunjukkan satu sambungan dari ‘Trumpet Flyover’ dan Jalan Harmoni yang lama. Pihak yang membina ‘Flyover’ tidak memastikan sambungan dibuat dengan sempurna. Adalah amat merbahaya bagi kenderaan yang turun dari ‘Trumpet Flyover’ kerana terdapat kemungkinan besar kenderaan tersebut akan melanggar ‘pinggiran jalan’ atau ‘tiang lampu’.

3.       Bahagian ‘D’ adalah menunjukkan pintu masuk ke USJ 23. Bila kenderaan cuba memusing masuk ke USJ 23, kenderaan tersebut akan memandu dengan perlahan dan pada masa yang sama kenderaan dari Putra Heights akan memandu dengan laju dari belakang untuk keluar kepada USJ. Jalan yang sempit (seperti yang dilorekkan) telah menyebabkan beberapa kemalangan telah berlaku.

4    .    Selain dari itu, ‘Trumpet Flyover’ tersebut telah dibina tanpa mempertimbangkan kepentingan penduduk USJ 23 yang perlu pergi ke Putra Heights, USJ 27, 26, 24 dan Sekolah Menengah USJ 23. Sepatutnya satu ‘U-Turn’ dibina di bawah ‘Trumpet Flyover’ tersebut. Pada masa sekarang penduduk-penduduk USJ 23 terpaksa keluar ke Lebuhraya LDP untuk pergi ke Sekolah Menengah USJ 23. Penduduk-penduduk USJ 23 terpaksa berjalan 5 km berlebihan walaupun Sekolah tersebut hanya terletak 1/2 km sahaja di belakang USJ 23.

Kami berharap pihak Tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memperbetulkan kekurangan-kekurangan di atas tersebut.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
Beh Yong Hock
Pengerusi, USJ 23 Resident & N/W Pro Tem Committee 2002/3

 
     

 

Pages on this site have been viewed
Hit Counter
times since 23/08/2001

 
     

Home | Newsletter | Community | Knight Watch | Committee Meeting | Charity Fund | Planet Free | In the Press
Resident's Corner | Faces of USJ | Links | Products & Services | About Us | USJ23 News| USJ23 Road Maps


Send mail to robertec@usj23.com with questions or comments about this web site.
Copyright © 2001 - 2008 USJ23 Neighbourhood
USJ23 Residents & N/W Pro Tem Committee
22A Jalan USJ 23/3C UEP Subang Jaya 47610 Subang Selangor Malaysia
Telephone: 603-56327237 Fax: 603-56326237
Publication or dissemination of the contents of this website is strictly prohibited. All information displayed on this website (reports, photographs, logos) are intellectual properties owned by us. You may not copy, reproduce, modify, transmit, publish, display or in any way commercially, or otherwise exploit any of the contents of our website without our prior written consent.

     
 

USJ23 Neighbourhood Watch Website
A proud Member of the Neighbourhood Watch Website