Tarikh : 3-03-2003
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Subang Jaya,
Subang Jaya.
Tuan,
Per: Permohonan Peruntukan membaiki Kerosakan Taman Kanak-Kanak USJ 23
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.
Kami, Jawatankuasa Penduduk USJ 23 ingin menarik perhatian Tuan tentang
keadaan taman kanak-kanak di USJ 23 di mana kesemua kerusi-kerusi telah
rapuh dan rosak.
Disamping itu, alat-alat permainan juga tidak cukup untuk menampung
keperluan kanak-kanak di USJ 23.
Bagi pihak penduduk-penduduk USJ 23, kami ingin memohon peruntukan
sebanyak RM10,000.00 untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kemudahan
dan alat-alat permainan di taman kanak-kanak kami.
Untuk maklumat Tuan, sejak penduduk-penduduk USJ 23 berpindah ke sini
pada 1999, tiada apa-apa peruntukan diberikan untuk memperbaiki taman
tersebut.
Kami berharap permohonan kami akan diberi pertimbangan yang sewajarnya.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
Beh Yong Hock
Pengerusi, USJ 23 Resident & N/W Pro Tem Committee 2002/3
Sk: Encik Yap Yun Fatt
Councilor Majlis Perbandaran Subang Jaya