Tarikh : 30-12-2002
Chief Inspektor Mohd
Rizal Kamarudin,
Balai Polis Batu 3/USJ 8,
Subang Jaya.
Tuan,
Pekara :
Kempen Anti Pecah Rumah
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Perkara di atas adalah dirujuk.
Pertama sekali, saya bagi pihak
penduduk-penduduk USJ 23, Subang Jaya, ingin merakamkan setinggi-tinggi
tahniah dan penghargaan atas usaha dan kejayaan Kempen Anti Pecah
Rumah semperna Hari Raya Aidilfitri.
Beberapa orang penduduk USJ 23 telah
memberikan gambaran kepada saya bahawa pihak polis telah membuat rondaan
semasa mereka pergi bercuti. Usaha pihak polis sekurang-kurangnya telah
membantu mencegah pecah rumah di kawasan kami.
Pihak kami memberi jaminan bahawa
penduduk-penduduk USJ 23 akan memberikan sokongan yang sepenuhnya bila
kempen yang sedemikian diadakan pada bulan Januari semperna Hari
Raya Tahun Baru Cina.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
---------------------
Beh Yong Hock
Pengerusi, Jawatan Penduduk USJ 23 2002/3